Sabtu, 25 Mac 2017

Latihan Peribahasa

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

i. air muka
ii. rambang mata
iii. bagai isi dengan kuku
iv. seperti cicak makan kapur
v. belakang parang diasah lagikan tajam
vi. kalah jadi abu, menang jadi arang  [6 markah]

*Cadangan :
Gunakan kata hubung 'kerana' untuk membantu calon menunjukkan maksud peribahasa dalam ayat.

Contoh jawapan murid:

i. Ahmad telah menjatuhkan air muka saya kerana melakukan perbuatan yang memalukan saya dalam majlis yang diadakan di rumahnya itu.
ii.  Puan Aminah rambang mata ketika membeli belah di pasar raya kerana pasar raya tersebut menawarkan potongan harga yang rendah.
iii. Hubungan Ali dengan Abu bagai isi dengan kuku kerana mereka berkawan rapat sejak kecil.
iv. Amira seperti cicak makan kapur kerana terjatuh apabila tersepak tunggul kayu di depan kawan-kawannya.
v. Walaupun kurang cerdik, tetapi jika rajin membuat latihan dan ulang kaji, kita pasti akan memperoleh kecemerlangan kerana belakang parang diasah lagikan tajam.
vi. Perbalahan antara Azmi dengan Hashim bagaikan kalah jadi abu, menang jadi arang kerana kedua-duanya mendapat kecederaan.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

(ii) Banyak udang, banyak garam

(iii) Lain hulu lain parang

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

(v) Tak tumbuh tak melata

(vi) Ada ubi ada batas


Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.







JAWAPAN

i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 

ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. 

iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya

(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.

(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

(ii) -banyak orang, banyak ragam

(iii) -lain dahulu, lain sekarang

(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain

(v) -tak sungguh, orang tak kata

(v) -ada budi boleh dibalas

(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam

(ii) -biduk lalu kiambang bertaut

(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan.

ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

(i) Buah mulut.

(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.

(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

(i) Ukur baju di badan sendiri.

(ii) Bagai telur di hujung tanduk.

(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.



Novel Silir Daksina

Sinopsis Novel Silir Daksina
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan manuskrip , Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.


SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA 
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,bahawa ayahnya bukan walid.  Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk mencari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN 
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik.  Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.  Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..  Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu.  Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.  Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.  Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3 ; SENASKAH MANUSKRIP LAMA 
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusia dengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-anaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke Lim, Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perasan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.  Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya. viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .

BAB 4: DESAKAN HATI 
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU 
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETENTUAN 
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH  
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG 
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.
BAB 9: PERTEMUAN 
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

BAB 10: PUSARA 
Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi. Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya. Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya. Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa. Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya jika ada kelapangan.


BAB 11: SUASANA BAHARU 
Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya . Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

Pengorbanan anak muda untuk mempertahankan warisan seni kebudayaan dan kesusasteraan demi memenuhi amanah arwah ayahnya.
Buktinya:
1.Haiqal tetap pergi ke kampung halaman ayahnya walau dihalang oleh uminya untuk mencari kehidupan yang dihadapi oleh ayahnya,Abdullah bin Kayan.
2.Haiqal sanggup mempelajari tentang seni kesasteraan dan kebudayaan demi memenuhi amanah arwah ayahnya.
3.Haiqal sentiasa mencari jalan untuk menyambung manuskrip yang ditulis oleh ayahnya,iaitu mewujudkan Aksara kembali kerana dia perlu menjadi seperti ayahnya.
PERSOALAN 
1.RAHSIA SEJARAH HIDUP YANG MENGHANTUI DIRI SEORANG ANAK
- Haikal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah membaca manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari ayahnya yang telah lama terpisah dengannya.

2. CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN GOLONGAN ANAK MUADA/REMAJA 
- Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang diminatinya. Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu

3. PERSAHABATAN IKHLAS 
- Haiqal dan Ratna bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering mengunjungi gerai makanan Ratna jika ada kelapangan

4.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI 
- Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil menyeru nama Aiman pada suatu malam.  Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.


5. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA 
- Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung Seri Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung nanti.

6. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT 
- Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan sambutan program Malam Sekampung Puisi.

7. KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI 
- Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku menyemak atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya demi kejayaan program itu.

8. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS 
- Akibat perpecahan Kumpulan Zapin D’Purmana , tarian zapin jincat yang menjadi identiti kampung Sri Purnama terkubur.

9. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN MENGHIDUPKAN KHAZANAH BANGSA 
- YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya kepada Menteri Besar nanti.

10. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN BAKAT PELAJAR 
- Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.

11. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAPANAK MURID 
- Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan Matematik bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.


12.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA 
- Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh abangnya yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke bandar Parit Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.

13. KEGIGIHAN SEORANG KETUA KELUARGA MEMBINA KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELESA 
- Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga meraih hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar.  Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan.

14. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK 
- Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.

15. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT 
- Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif, Wak Parmin dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula Kumpulan Zapin D’Purnama sehingga anak-anak muda kampung D’Purnama yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi berminat dengan tarian zapin.

16. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI MASYARAKAT  - Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk kampung berlatih menari zapin.

17. PERASAAN BANGGAAKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI 
-Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.

18. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN KEPADA SEORANG ANAK 
- Haikal bingung dan tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal berasa kisah dalam manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya.  Haikal keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan sama ada mahu pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di sebalik manuskrip yang dibacanya.

19. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH KANDUNG 
- Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung ayahnya

20. HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA
- Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang diusahakan oleh uminya  Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung tidak diminatinya.

21. KETIDAKSESUAIAN HIDUP AKIBAT CITA-CITA YANG TIDAK SEHALUAN  - ---- Abdullah Kayan berpisah hidup dengan Rafiqah kerana Rafiqah tidak dapat menerima sikap Abdullah Kayan yang terlalu meminati dunia sastera yang dianggapnya hidup dalam khayalan

22.TEKAD DAN KESUNGGUHAN 
- Haikal tekad bermusafir seorang diri ke Johor demi mencari kebenaran tentang kisah hidup ayahnya

23.KEHARMONIAN HIDUP MASYARAKAT PELBAGAI KAUM 
- Tauke Ong begitu mesra bergelak ketawa dengan pelanggan-pelanggan lain di warung Wak Min.

24.AMANAH DALAM PERSAHABATAN
- Tauke Ong menjaga rumah pusaka arwah Cikgu Abdullah dengan kemas dan bersih sehingga Haikal tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong menyerahkan rumah tersebut untuk Haikal tinggal.

25.PERJUANGAN ANAK SENI YANG TERSISIH DARIPADA KELUARGA SENDIRI  - Setelah Haikal menatap sijil-sijil penghargaan atas kejayaan ayahnya dalam dunia sastera , dia berasa sedih dan sebak mengenangkan sikap uminya yang langsung tidak merestui aktiviti ayahnya sehingga ayahnya tidak lagi meneruskan minatnya.
26.PENGORBANAN SEORANG ANAK DEMI MENCARI KEBENARAN TENTANG ORANG YANG DISAYANGI 
- Haikal berkorban meninggalkan adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarganya dan kembali ke Kampung Seri Purnama untuk mengesan kisah hidup ayahnya, Cikgu Abdullah.

27. PERSOLAN TENTANG AMANAH DAN KEPERCAYAAN 
- Tauke Ong menjaga baruh, kelapa sawit kebun getah dan akaun buku bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah malah telah bersedia menyerahkannya kepada Haikal sebaik sahaja Haikal sampai di Kampung Seri Purnama.
3.ASIMILASI BUDAYA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM 
- Swee Hwa gemar makan kari kepala ikan yang pedas, yang dijual di kedai mamak di pekan  Swee Hwa gemar ikan haruan masak cili api yang dimasak Cikgu Abdullah Swee Hwa fasih berbahasa Melayu  Swee Hwa meminati penulisan sasterawan negara seperti Shahnon Ahmad.  Swee Hwa berbual dengan Rahman pembantu restoran dengan ramah seperti sahabat yang baik.  Tauke Ong membahasakan dirinya pak cik semasa berbual-bual dengan Haikal

28.PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KEAKRABAN SESAMA SAUDARA
- Haikal kembali merindui adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarga yang ditinggalkan di Kuala Terengganu.

29.KERINDUAN ANAK TERHADAP KASIH SAYANG SEORANG AYAH 
- Haikal terlalu sayu, rindu dan sebak apabila menziarahi pusara ayahnya. Air mata mengalir ketika membaca Yassin. Haikal berasa terlalu berat untuk meninggalkan pusara ayahnya yang tidak pernah ditemui.

30. BUDAYA BANGSA YANG SEMAKIN DILUPAKAN 
- Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa tarian zapin jincat yang popular di Kampung Seri Purnama semakin dilupakan oleh generasi muda. Apabila ramai ahli kumpulan zapin itu meninggal dunia enam atau tujuh tahun yang lalu kumpulan zapin itu mulai sepi.Yang tinggal hanya ahli kumpulan yang terlalu tua seperti Wak Arif dan Haji Salim.

31. SIKAP BERFOYA-FOYA GENERASI MUDA 
- Mak Menah risau melihat anak-anak muda Kampung Seri Purnama membazir masa berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang hingga larut malam tanpa matlamat.

32. TRADISI BUDAYA YANG MASIH UTUH . SEMANGAT KEMASYARAKATAN DALAM MASYARAKAT YANG SUDAH MEMBANGUN 
- Haikal mendapati Kampung Seri Purnama sudah mengalami pembangunan. Jalan raya sudah berturap, lampu jalan di sepanjang jalan. Lengkap dengan sekolah, sebuah klinik, balai raya dan pusat komoditi pertanian. Tetapi hubungan akrab dan mesra antara golongan muda dan tua masih kelihatan. Anak -anak muda yang masuk ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif dan semua orang di dalam warung itu. Mereka kelihatan mesra.

33. PENDERITAAN JIWA/KERINDUAN SEORANG AYAH YANG KEHILANGAN KASIH ZURIAT SENDIRI 
- Pak Cik Bakar menceritakan penderitaan arwah ayah Haikal kerana tidak dapat hidup bersama-samanya. Arwah ayahnya membayangkan Haikal di dalam diri Swee Hwa bagi mengubat kedukaan yang ditanggung.

34. KASIH SAYANG YANG ABADI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN SEHINGGAAKHIR HAYAT 
- Pak Cik Bakar terlalu menyayangi arwah ayah Haikal. Dia menganggap ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri..  Pak Cik Haikal tidak dapat melupakan wajah arwah ayah Haikal walaupun sudah enam atau tujuh tahun meninggal dunia.  Pak Cik Haikal berasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat Haikal di warung Wak Nin.

35. GOLONGAN MUDA YANG BIJAK MERANCANG WAKTU DAN MASA DEPAN  - Lazim menghabiskan masa lapangnya semasa menunggu keputusan peperiksaan STPM dengan mengail ikan di parit dan menjualnya untuk menambah duit poket  Lazim menghabiskan waktu malam dengan berbual-bual dengan Haikal di rumah Haikal tentang arwah ayah Haikal daripada melepak di beteng.

36. TANGGUNGJAWAB ANAK MENUNAIKAN AMANAH IBU DAN BAPA 
- Haikal terus berjumpa Abang Bidin dan Abang Salleh bagi mempelajari cara- cara mengurus kebun kelapa sawit setelah Tauke Ong menyerahkan kebun tersebut kepadanya kerana itulah pesanan arwah ayahnya kepada Tauke Ong.

37. PENYESUAIAN DIRI DALAM SUASANA DAN BUDAYA KEHIDUPAN DI TEMPAT BARU 
- Dalam masa seminggu Haikal sudah dapat berkenalan dengan beberapa orang remaja kampung dan paling rapat dengan Lazim.  Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu di tepi parit.  Haikal terpukau dengan suasana pagi kampung yang riuh dengan kicauan beburung murai yang riang dan nyaring.

NILAI NILAI KEMANUSIAAN 
1.KASIH SAYANG 
- Haikal amat menyayangi ibunya
- Ibu Haikal , ayah tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh kasih sayang.
- Aku mencurahkan kasih sayang seorang bapa kepada Ai Ling kerana rindu akan anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.
- Arwah ayah Haikal terlalu sayang akan Haikal sehingga menjadikan Swee Hwa sebagai bayangan Haikal untuk melepaskan kekecewaannya tidak dapat hidup bersama-sama Haikal.
- Haikal amat mengasihi adiknya Nurul Aisyah. Dia amat nerindui Nurul Aisyah dan terkenang-kenang akan kemanjaan keletah adiknya. 

-  Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya.  Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya. KETAATAN/KEPATUHAN  Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah ayahnya tujuh tahun yang lalu


2.PRIHATIN
- Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia hidup ibu dan ayahnya yang terpisah

- Tauke Lim menasihati aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga hingga lewat malam  Ai Ling bimbang melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang kesihatan aku ketika mereka minum petang di rumah aku

- Haikal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya,  Ratna begitu prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal dan mencadangkan Haikal beterus terang dengan uminya tentang hasratnya hendak ke kampung ayahnya.
- Haikal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya,  Ratna begitu prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal dan mencadangkan Haikal beterus terang dengan uminya tentang hasratnya hendak ke kampung ayahnya.

3. KEBERANIAN 
- Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah ayahnya.
-  Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
-  Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah ayahnya.

4.KECEKALAN 
- Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di sana.

- Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di sana.

5. KEGIGIHAN/KESUNGGUHAN   
- Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh- sungguh berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat persembahan di hadapan YB Samsuri .

- Haikal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar sehingga 2.00 pagi bagi mendapatkan maklumat tentang arwah ayahnya.

- Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua orang pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi

6. Belas kasihan  Ai Ling berasa kasihan melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian ayahnya maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.

7. Aku tabah menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan terhadap anaknya yang sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun.  Aku tabah melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.

8.KEIKHLASAN 
- Pak Cik Salleh dengan rela hati dan ikhlas membantu Haikal mencari rumah ayahnya di Kampung Seri Purnama.

- Aku dengan sukarela dan ikhlas membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak

9.KERAJINAN
- Lazim rajin mencari duit poket dengan menjual ikan puyu yang dikail di parit kampung itu.
- Mak Menah rajin membantu suaminya Wak Nin mengurus warung ketika Wak Min solat berjemaah di masjid
- Pakcik Salleh rajin melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga.iaitu sebagai pemandu teksi dan tukang rumah


10.KEJUJURAN 
-Tauke Ong menjaga rumah pusaka Cikgu Abdullah dengan baik, bersih dan kemas sebelum diserahkan kepada Haikal.  Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdullah dengan baik sebelum diserahkan kepada Haikal.

-  Ratna dengan jujur memuji bakat sastera dalam diri Haikal.  Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri haikal.
-  Ratna dengan jujur memuji bakat sastera dalam diri Haikal.  Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri haikal.
- Tauke Ong dengan amanah dan jujur menjaga harta peninggalan arwah Cikgu Abdullah selepas kematian Cikgu Abdullah.  Tauke Ong memberitahu Haikal ,Cikgu Abdullah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengurus menjaga dan mengurus harta pusakanya selepas dia meninggal dunia

11. KETEGASAN 
- Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mencari memori hidup ayahnya.  Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya

- Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mencari memori hidup ayahnya.  Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya

12. KEBERANIAN 
- Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.

13. SIMPATI 
- Guru pengawas peperiksaan UPSR memujuk Haikal untuk mententeramkannya kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya.


14.KEBIJAKSANAAN
- Haikal bijak menyesuaikan diri apabila berada di Kampung Seri Purnama. Haikal menunaikan solat Maghrib berjemaah dan Isyak di masjid kampung..  Haikal menggunakan keakraban arwah ayahnya dengan Pak Cik Bakar untuk menggali kisah hidup arwah ayahnya dan Swee Hwa.



15.KESOPANAN/BERBUDI BAHASA 
- Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.
- Rahman mengalu-alu kedatangan Haikal ke negeri Darul Takzim.  Rahman berharap Haikal sentiasa gembira di negeri darul takzim
- Haikal membalas lambaian tangan anak-anak muda kampung yang sedang mengail ikan di tepi parit debngan senyuman.  Haikal terlebih dahulu menyapa dengan memberi salam kepada Pak Cik Bakar yang sedang mengail ikan di parit 
- Ai Ling memberi ucapan selamat petang kepada aku apabila sampai di hadapan rumah aku sebelum naik ke rumah aku.

16.KETANGGUNGJAWABAN 
- Haikal terus berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin sebaik sahaja menerima tanggungjawab mengurus kebun kelapa sawit arwah ayahnya daripada Tauke Ong. Haikal terus bertanya tentang upah dan bercadang untuk mengikut mereka menyabit buah kelapa sawit.  Abang Sakleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haikal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.

- Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk membimbing pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek matematik.

- Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya


17. Kerjasama 
-Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan bergotong royong membuat persiapan bagi Malam Sekampung Puisi.  Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan.  Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku  Tauke Lim menaja makanan tetamu  Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.

18. Ketaatan 
  1. Pada waktu malam aku sering melakukan solatt sunat sebelum tidur untuk mendapatkan ketenangan daripada Allah.  Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit (AJKKK)
  2. Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.
  3. Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna
  4. Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau stesen bas Batu Pahat sebelum ke Kampung Seri Purnama.
  5. Haikal turun ke bilik air untuk berwuduk bagi menunaikan solat asar pada petang itu.

19.Kesyukuran/mengenang budi 
- Haikal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga harta pusaka ayahnya dengan baik.

20.SETIAKAWAN 
- Ratna seorang kawan yang setia dan akrab dengan Haikal. Haikal Ratna sentiasa mendengar keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna menasihati Haikal agar merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang diterimanya. Ratna sentiasa member semangat kepada Haikal yang dia mampu menghadapi semuanya.

-  Haikal berjanji akan pulang semula ke Kuala Terengganu apabila selesai tugasnya di Johor.

21.HORMAT- menghormati 
- Haikal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya sehingga dia tamat pengajian STPMnya

22.AMANAH 
- Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan kepada Haikal

23. KEHARMONIAN 
- Penduduk Kampung Seri Purnama hidup harmoni. Tauke Ong amat mesra dengan pelanggan-pelanggan di warung Wak Min. Mereka berbuakl sambil bergelak ketawa.

24.SEMANGAT KEMASYARAKATAN/ KEJIRANAN YANG ERAT 
- Haikal melihat Seee Hwa begitu akrab dengan Rahman , pelayan di restoran mamak itu. Swee Hwa ketawa apabila diusik olrh Rahman sambil tersenyum



PENGAJARAN 
1. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN SEPENUH HATI. 
- Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya kepadanya pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.

2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA . 
- Haikal tidak pernah bertanya tentang ayahnya lagi setelah ibunya memintanya berbuat demikian sehingga dia dewasa.

3. KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA 
- Haikal taat akan kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang ayahnya.

4. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI KEGAGALAN.  - Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.

5. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI DALAM PERSAHABATAN  - Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan SPMnya yang tidak begitu baik.

6. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN KELUARGA
- Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama- sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.

7.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB. 
- Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos laju.

8. KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA DENGAN PENUH DEDIKASI
- Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek Matematik.

9.KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI 
- Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha memperkenalkan dan mempersembahkannya di hadapan YB Samsuri. YB Samsuri berjanji akan mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar untuk diwartakan sebagai sala satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.

10. KITA MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH APABILA MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS 
- Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih apabila dipilih menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu di sekolahnya  Ai Ling membaca buku sajak ketika menunggku aku berbincang dengan Cikgu Zanariah selepas waktu sekolah Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak di rumah aku pada waktu petang

11. KITA MESTI MEREBUT PELUANG YANG ADA DEMI MENCAPAI CITA- CITA DAN HASRAT/IMPIAN 
- Abang Bakir dan Pak Haji Jamal bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat untuk ditunjukkan kepada YB Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk mengembalikan zaman kegemilanganl kumpulan zapin D’Purnama yang popular dengan zapin jincat suatu masa dahulu.  Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim membenarkan Ai Ling menumpang keretanya ke sekolah untuk mendekati Ai Ling kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada anaknya Aiman.  Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi pembimbing kepada Ai Ling yang amat berminat dalam bidang sajak sebagai melepaskan rindunya akan Aiman.

12. KITA MESTI MENJAGA HUBUNGAN HARMONI DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA 
- Tauke Lim amat mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim menaja makanan tetamu semasa majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri.  Tauke Lim dan Ai Ling turut serta menyaksikan latihan zapin di balai raya kampung.

13.KITA HENDAKLAH MENJADI PEMIMPIN YANG PEKA/MENGAMBIL BERAT AKAN KEHENDAK RAKYAT 
- YB Samsuri peka akan hasrat penduduk kampung Seri Prunama yang mahu mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB Samsuri datang menyaksikan persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama pegawai Yayasan Warisan negeri untuk tujuan penyelidikan.  YB Samsuri berjanji akan membawa seni zapin jincat ke pengetahuna Menteri besar untuk digazetkan sebagai salah satu rentak asli zapin

14.KITA MESTI AMANAH APABILA MENDAPAT KEPERCAYAAN 
- Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang ditulisnya kepada Haikal

15. KITA MESTI BERUSAHA MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN TUHAN APABILA MENGHADAPI MASALAH 
- Aku melakukan solat sunat sebelum tidur untuk menenangkan diri kerana aku berasa Allah amat hampir dengannya apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.

16.KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN MASALAH ORANG DI SEKELILING KITA. 
- Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah.

17. KITA MESTILAH JUJUR DALAM PERSAHABATAN 
- Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya

18. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN TERPISAH 
- Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.

19. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI  -
- Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya sejak kecil

20. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH DEWASA  -
- Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.

21. KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA 
- Umi cuba memisahkan Haikal daripada ayah kandungnya, namun Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya.

22. KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN 
- Haikal bertegas untuk menyusuri kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu melukakan hati ibunya sehingga berlaku pertengkaran apabila Haikal mahu pulang ke kampung ayahnya.

23. KITA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT APABILA BERHADAPAN DENGAN PERKARA YANG KITA BENCI   
-Umi tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa darah seni yang mengalir dalam diri Haikal ialah warisan bakat seni ayah Haikal .

 24. . KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENCARI KEBENARAN 
- Haikal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya demi mengcungkil kisah hidup sebenar ayahnya.

25.KITA MESTI BERANI DEMI CITA-CITA
- Haikal berani bermusafir seorang diri ke Johor demi menunaikan amanat ayahnya.  Kita mesti setia dalam persahabatan l Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya di Johor.  Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri l Haikal amat menghormati walid , dia bersalam dengan walid sebelum berangkat ke stesen bas

26.KITA HENDAKLAH JUJUR DAN AMANAH APABILA DIBERI KEPERCAYAAN 
- Tauke Lim menjaga rumah arwah Cikgu Abdullah dengan baik, kemas dan bersih seperti yang diminta oleh arwah dan segera menyerahkannya kepada Haikal sebaik dia tiba di Kampung Seri Purnama.  Ong Swee Hwa, menyimpan manuskrip Cikgu Bdullah dengan baik dan menyerahkannya kepada Haikal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu.

27.KITA HENDAKLAH MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN
- Pak Cik Salleh membawa Haikal ke Kampung Seri Purnama dan membantunya mencari rumah arwah ayahnya.

28. KITA JANGAN MENGABAIKAN SURUHAN AGAMA DI MANA-MANA SAHAJA  - Haikal tetap bersolat subuh berjemaah sebaik tiba di Batu Pahat sebelum bergerak mencari rumah arwah ayahnya.

29. KITA HENDAKLAH RAJIN BERUSAHA UNTUK KESELESAAN KELUARGA  -
- Pak Cik Salleh melakukan dua jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya yang masih belajar. Dia memandu teksi dan menukang rumah.

30. KITA HENDAKLAH MENJAGA HUBUNGAN KELUARGA DAN SAHABAT AGAR TIDAK PUTUS 
- Nurul Aisyah menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada abangnya Haikal untuk bertanya khabar Haikal di Johor. Haikal membalas pesanan adiknya dan dia mulai rasa rindu akan keluarganya di Terengganu.

31.KITA HENDKLAH MEMIKUL AMANAH DENGAN JUJUR APABILA DIBERI KEPERCAYAAN 
- Tauke Ong mengurus kelapa sawit, kebun getah, tanah, di baruh, rumah dan akaun bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah demi kepercayaan yang dberi oleh arwah Cikgu Abdullah sebelum dia meninggal dunia

32. KITA HENDAKLAH MENERIMA KEDATANGAN TETAMU DENGAN BAIK DAN MESRA 
- Rahman mengucapkan selamat datang kepada Haikal sebaik sahaja Swee Hwa mengenalkan diri Haikal kepadanya.  Swee Hwa membawa Haikal makan kari kepala ikan di restoraan mamak di pekan dan membawanya membeli novel di sebuah kedai buku.

33. KITA PERLU MENGEKALKAN TRADISI BANGSA WALAUPUN SUDAH MAJU  - Anak-anak muda kampung yang datang ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif , Hahi Salim , Haikal dan semua pelanggan yang ada di dalam warung Wak Min.

34. KITA HENDAKLAH BIJAK MENYESUAIKAN DIRI APABILA BERADA DALAM PERSEKITARAN BARU 
- Haikal mengambil keputusan untuk bersolat jemaah di masjid kampung untuk berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

35.KITA BIJAK HENDAKLAH MEREBUT PELUANG YANG ADA UNTUK KEJAYAAN MATLAMAT YANG DIIMPIKAN 
- Haikal menggunakan hubungan akrab arwah ayahnya dengan Pak Cik Haikal untuk mengorek rahsia hidup ayahnya yang penuh rahsia, terutama hubungan ayahnya dengan Swee Hwa.  Haikal berjaya mendapat tahu bahawa ayahnya meletakkan dirinya di dalam diri Swee Hwa untuk mengubat luka hatinya daripada Pak Cik Bakar.

36. GOLONGAN MUDA PERLU MENGHORMATI GOLONGAN TUA DEMI KEHARMONIAN MASYARAKAT. 
- Anak-anak muda kampung Seri Purnama amat menghormati golongan tua di kampung itu. Mereka bersalaman dengan Wak Arif, Pik Cik Bakar dan Haji Salim ketika masuk ke warung Wak Min. Mereka begitu mesra antara satu sama lain.

37. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI DARAH DAGING KITA SENDIRI WALAUPUN TTERPISAH JAUH 
- Haikal berasa amat menyayangi arwah ayahnya. Haikal menangis dan sebak ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Haikal berdoa agar Tuhan meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.

38. KITA HENDAKLAH MUDAH MENERIMA NASIHAT DARIPADA ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN AGAR SEGALA TUGAS MENJADI MUDAH 
- Haikal menerima nasihat Tauke Ong agar belajar mengurus sendiri kebun kelapa sawit ayahnya lalu terus sahaja berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin untuk mendapat ilmu cara-cara mengurus kebun kelapa sawit.

39. KITA HENDAKLAH PANDAI MENGGUNAKAN MASA LAPANG AGAR TIDAK MENYUSAHKAN IBU BAPA 
- Lazim menggunakan masa lapangnya menunggu keputusan STPM dengan mengail ikan puyu dan dijual dengan harga RM10.00 sekilogram bagi mengisi duit poket kerana tidak mahu meminta-minta daripada ibu bapanya.

40. SEBAGAI ORANG BARU KITA MESTILAH PANDAI MENYESUAIKAN DIRI AGAR DISENANGI OLEH MASYARAKAT SEKELILING 
- Dalam masa seminggu Haikal sudah boleh bergaul rapat dengan beberapa orang remaja kampung dan dia paling rapat dengan Lazim yang sebaya dengannya. Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu pada waktu petang.

41. KITA MESTI BIJAK MEREBUT PELUANG AGAR MUDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT 
- Haikal dengan senang hati menerima permintaan Lazim untuk bermalam di rumahnya kerana dia yakin ada sesuatu yang Lazim mahu diceritakan oleh Lazim kepadanya. Ø Pada malam itu Lazim bercerita rahsia balai raya kampung yang perlu Haikal tahu jika mahu tahu tentang arwah ayahnya. Ø Lazim juga menasihati Haikal agar berkawan rapat dengan Swee Hwa kerana Swee Hwa amat rapat dengan arwah ayahnya. Lazim yakin Swee Hwa banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal. Haikal menggunakan peluang masa bersarapan dengan Swee Hwa di pekan untuk bertanya tentang hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya.

LATAR LATAR MASA
1. Waktu malam 
- Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan masalahnya tentang manuskrip ayahnya yang baru selesai dibacanya
- Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama  Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama  Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku  Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri  Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui anaknya itu.
- Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya  Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa terpanggil untuk ke sana  Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin

- Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor
2. PETANG 
- Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk minum petang bersama-sama aku  Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur  Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman.
- 5.00 PETANG  Haikal membacaSMSyang dihantar Nurul Aisyah adiknya, lantas terbayang kesedihan adiknya.  Haikal terkenang kemanjaan adiknya, Nurul Aisyah akan mengadu kepadanya jika ada masalah. Haikal merindui adiknya  Haikal ke bilik air untuk berwuduk dan mendirikan solat asar.

- Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung arwah ayahnya.

- Tauke Ong meminjamkan motosikal untuk kegunaan Haikal semasa di Kampung Seri Purnama.  Haikal menziarahi pusara ayahnya Haikal bertemu Pak Cik Bakar sedang memancing ikan di tepi parit di sepanjang jalan  Pak Cik Bakar memberitahu Haikak arwah ayahnya seorang yang berjiwa besar,disukai masyarakat dan banyak jasanya.  Pak Cik Bakar mempelawa Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual.  Haikal meberitahu Pak Cik Bakar dia mahu bertanya banyak perkara tentang arwah ayahnya dan berjanji akan ke rumahnya.

3. BULAN OGOS  Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan peringkat mukim  Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos

4.TUJUH TAHUN LALU  Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.

5. WAKTU PAGI 
- Haikal sampai di stesen bas Batu Pahat l Haikal bersolat subuh berjemaah di tingkat atas stesen bas.  Haikal mengambil teksi untuk ke Kampung Seri Purnama  Haikal masuk ke warung Wak Min untuk bertanya arah ke rumah arwah ayahnya  Haikal memperkenalkan dirinya sebagai anak Cikgu Abdullah Kayan  Haikal diperkenalkan kepada Tauke Ong  Tauke Ong membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya  Haikal melihat-lihat sijil-sijil penghargaan yang diterima oleh ayahnya  Haikal mendapati ayahnya seorang yang hebat dalam dunia sastera dan kebudayaan  Haikal sebak mengenangkan sikap ibunya yang tidak menghargai cita-cita dan perjuangan ayahnya.

6.11.30 PAGI Tauke Ong menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan bersama-sama Swee Hwa.

7.MAGHRIB 
- Haikal bersolat maghrib di masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk Kampung Seri Purnama.   
- Haikal dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya untuk pulang ke kampung ayahnya di Johor


LATAR TEMPAT 
1. RUMAH IBU HAIKAL 
- Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa dengan kawannya pada malam itu.
-  Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.
-  Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup ayah kandungnya.  Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir dalam diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar.

2. GERAI RATNA DI PANTAI BATU BURUK 
- Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti sejarah hidupnya sendiri.
- Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke stesen bas ekspres pada malam esok .  Ratna mengingatkan Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di Johor nanti.  Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh menyesuaikan diri di kampung arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai penglipur lara.


3. DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN 
- Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan.

4.DI DALAM BAS EKSPRES
- Haikal terkenang sikap umi yang begitu jengkel, marah dan mungkin benci akan ayahnya entah sampai bila.

5. STESEN BAS BATU PAHAT 
- Haikal tiba di sstesen Batu Pahat  Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau di tingkat atas stesen bas.  Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi yang dipandu Pak Cik Salleh.

6. DI DALAM TEKSI PAK CIK BAKAR 
- Pak Cik Bakar berbual-bual dengan Haikal tentang diri dan keluarganya. Dia seorang tukang rumah juga. Ada lima orang anak.  Haikal memberitahu Pak Cik Salleh dia sedang menunggu keputusan STPM  Haikal memberitahu Pak Cik Bakar dia mahu ke Kampung Seri Purnama tetapi tidak tahu untuk ke sana kerana tidak pernah sampai ke situ.  Pak Cik Bakar menerangkan beberapa pembangunan yang berlaku di Batu Pahat seperti kawasan perindustrian.  Pak Cik Salleh dengan ikhlas membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya

7.WARUNG WAK MIN 
- Haikal bertanya penebar roti canai tentang rumah Cikgu Abdullah Kayan.  Haikal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min  Wak Min meminta Haikal makan roti cnai dahulu sementara menunggu Tauke Ong datang untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya.  Beberapa orang pelanggan yang masuk ke Warung Wak Min memandang Haikal dan berbisik-bisik sesama sendiri.  Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haikal dan berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya.

- Mak Menah menyatakan kerisauannya kepada Haikal kerana melihat anak-anak muda kampung berpoya-poya seperti tiada matlamat hidup.  Haikal mendapat tahu daripada Mak Menah, semasa arwah ayahnya masih hidup,sukar untuk melihat anak-anak muda berpeleseran kerana ayahnya sering mengadakan aktiviti kemasyarakatan, berkompang dan berzapin.  Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa dia tidak menyangka Haikal akan datang ke Kampung Seri Purnama  Pak Cik Bakar memberitahu Haikal terasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat Haikal.  Pak Cik Bakar memperkenal Haji Salim kepada Haikal sebagai pemain gambus dan Wak Arif sebagai penari zapin bagi kumpulan zapin kampung itu dahulu.  Haji Salim meluahkan keluhannya tentang anak-anak muda yang tidak lagi menggemari tarian zapin.  Haji Salim memberitahu Haikal,Pak Cik Bakar dan Tauke Ong sangat tahu akan kisah hidup arwah ayahnya.  Anak-anak muda kampung mula memenuhi warung, mereka bersalam dengan semua pelanggan yang ada di situ

8. RUMAH ABDULLAH KAYAN / ARWAH AYAH HAIKAL
- Gambaran fizikal ² Rumah papan separuh batu ² Ada tujuh jendela ² Bertangga darpada papan yang tebal ² Halaman yang bersih ² Ada sebuah meja kayu dan empat buah kerusi  Tauke Ong bertanya sama ada Haikal kenal akan Swee Hwa anaknya.  Haikal memberitahu Tauke Ong dia tidak mengenali Swee Hwa tetapi memberitahu Tauke Ong, Swee Hwalah yang menghantar manuskrip kepadanya.  Tauke Ong memberitahu Haikal manuskrip itu diserahkan kepada Swee Hwa oleh arwah ayahnya dua hari sebelum dia meninggal dunia.  Tauke Ong memberitahu Haikal Swe Hwa amat sayang akan menuskrip itu dan terlalu berat hati untuk melepaskannya.  Haikal melihat beberapa keping sijil yang dibingkaikan, Haikal mendapati arwah ayahnya telah mencipta nama yang besar dalam dunia sastera dan kebudayaan.  Haikal sebak apabila terkenang sikap uminya yang sanggup mematahkan perjuangan ayah dan cita-cita arwah ayahnya.  Haikal memandang ke arah rumah batu sederhana besar berbumbng biru milik Tauke Ong, matanya melilau mencari sesuatu.

9. DI DALAM KERETA TAUKE ONG 
- Tauke Ong memberitahu Haikal mereka akan makan nasi daun pisang di pekan.  Haikal memberitahu Tauke Ong yang dia akan berada di Kampung Seri Purnama sehingga keputusan STPM diumumkan. Tauke Ong memberitahu Haikal dia akan menyerahkan harta arwah ayahnya kepada Haikal setelah diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga kebun kelapa sawit, kebun getah ,rumah dan akaun bank  Tauke Ong memberitahu Haikal ayahnya telah mengamanahkan harta-harta itu untuk dijaga selepas kematiannya.

10. RESTORAN MAMAK 
- Swee Hwa memesan kari kepala ikan merah untuk makan tengah hari mereka berdua  Swee Hwa memperkenal Haikal kepada Rahman, pelayan restoran mamakitu.  Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak ikan haruan masak cili api  Haikal berasa Swee Hwa beruntung dapat mengisi kekosongan jiwa ayahnya.  Haikal ingin terus merapati Swee Hwa kerana yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup arwah ayahnya.
- Tauke Lim membelanja aku minum petang kerana menumpankan anak-anaknya ke sekolah dengan kereta aku  Tauke Lim mengingat kembali kebaikan arwah ayah aku yang selalu menolongnya ketika dia susah  Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah


11. KEDAI BUKU 
- Haikal mebeli beberapa buah majalah sastera dan bahasa.  Haikal memberitahu Swee Hwa mereka meminati penulis yang sama iaitu Abdullah Hussain, Sahnon Ahmad dan A.Samad Said.  Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa Haikal mewarisi bakat arwah ayahnya.  Haikal berasa seolah-olah dia mengenali Swee Hwa mungkin kerana manuskrip yang dibacanya.

12. RUMAH HAIKAL 
- Haikal membaca SMS kiriman adiknya Nurul Aisyah yang menyatakan kerinduan kepadanya.  Haikal teringat kemanjaan adiknya.

13.RUMAH PAKCIK BAKAR 
- Di anjung rumah Pak Cik Bakar , Haikal berbual-bual tentang arwah ayahnya  Haikal memberitahu punca dia ke kampung itu untuk mencari kisah hidup ayahnya  Pak Cik Bakar menggambarkan arwah ayahnya seorang yang sabar dan tabah  Pak Cik Bakar menasihati Haikal agar mendekati Swee Hwa agar jika mahu tahu tentang arwah ayahnya kerana mereka sangat akrab.  Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, dia tidak mengetahui penyakit arwah ayahnya kerana ayahnya seorang perahsia.  Pak Cik Bakar amat mengalu-alukan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama dan berasa arwah ayah Haikal menanti-nanti saat itu.
14.PUSARA ABDULLAH KAYAN 
- Haikal membaca yassin untuk arwah ayahnya  Haikal menangis sebak kerana terlalu merindui arwah ayahnya  Haikal menyapu batu nisan dan mencabut rumput di atas pusara ayahnya Haikal berdoa agar tuhan meletakkan roh arwah ayhnya di sisi orang beriman
15.TEPI PARIT SEPAJANG JALAN  Haikal berkenalan dengan Pak Cik Bakar yang sedang memancing ikan.  Haikal dan Pak Cik Bakar tentang arwah ayah Haikal

16.MASJID KAMPUNG SERI PURNAMA 
- Haikal menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.

17. BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA 
- Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama  Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama  Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku  Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri  YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana kejayaan aku kerana usahanya mengemudi persembahan pada majlis pertunjukan zapin.  YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat anak muda dalam tarian zapin.

18. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA 
- Aku berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling

19. RUMAH AKU 
- Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak bagi menyertai pertandingan itu di Sekolah Seri Purnama  Ai Ling bertanya tentang kesihatan aku kerana kelihatan pucat  Tauke Lim meminta bantuan aku menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki keretanya kerana keretanya rosak

20.WARUNG PAK DOLAH 
- Tauke Lim membelaanja semua orang kerana meraikan kemenangan Ai Ling dalam pertandingan mendeklamasi sajak Sekolah Kebangsaan Sri Purnama  Tauke Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis cerpen  Pak Dolah menyatakan kegembiraannya melihat aktiviti khazanah bangsa seperti berkompang, bergurindam, berseloka dan berpuisi hidup semula di kampung Seri Purnama dan disertai oleh anak-anak muda  Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling kepada aku iaitu aku seorang guru yang hebat

21. PANTAI PUNGGUR 
- Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur  Ai Ling bertanya tentang anak aku, Aiman  Ai Ling memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat sayang akan aku.  Ai Ling berjanji akan sentiasa menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku yang hidup sebatang kara  Aku teringat bahwa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan  Aku terkenang rumahtangganya yang hancur kerana darjat dan cita-cita yang berbeza antara aku dan bekas isterinya.


LATAR MASYARAKAT 
1. Pelajar 
- Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama  Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM

2. Golongan Pendidik 
- Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama  Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu  Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam

3. Penduduk Pelbagai Kaum 
- Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di Kampung Sri Purnama  Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama  Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pecan.

4. Golongan Petani/Usahawan Tani  
- Ayah aku mengusahakan kebun getah dan kelapa sawit  Tauke Lim meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di pecan.

5. Golongan Peniaga 
- Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama
- Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang
- Wak Min dan isterinya Menah mengusahakan warung makanan di Kampung Seri Purnama
- Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk
- Mak Menah dan Wak Min berniaga di warung makanan di Kampung Seri Purnama
- Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk  Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik

6.Golongan Pencinta Seni Budaya Melau 
- Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat seperti digambarkan dalam manuskripnya.
- Haikal berbakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi pertandingan menulis puisi dan cerpen di peringkat daeah dan negeri.

7. Golongan Petani 
-Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berpakaian untuk berkebun.
-Pak Cik Salleh menjalankan dua kerja bagi menambah perbelanjaan keluarga tanggungannya. Dia berkerja membawa teksi dan menukang rumah. 4.
8. Masyarakat Berbilang Kaum Yang Akrab/Harmoni/Mesra  -
- Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berjabat tangan sebelum memesan makanan  Tauke Ong sampai di warng Wak Min kelihatan amat mesra dengan pelanggan- pelanggan yang lain. Tauke Ong ketawa terbaha-bahak apabila diusik oleh seorang rakannya.

9. Masyarakat Yang Amanah 
-Tauke Ong sangat amanah menjaga rumah arwah ayah Haikal sehingga Haikal datang ke Kampung seri Purnama.  Dua hari sekali Swee Hwa mengemas rumah arwah ayah Haikal dengan kakaknya.  Swee Hwa memegang amanah arwah ayah Haikal untuk menjaga manuskripnya dan menyerahkannya kepada Haikal.
-Tauke Ong seorang yang amanah kerana menjaga harta pusaka arwah ayah Haikal sehingga Haikal pulang ke kampung itu

10.Masyarakat Pelbagai Kaum Yang Prihatin 
- Tauke Ong amat mengambil berat tentang keselesaan Haikal di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong memastikan makan minum Haikal terurus sebaik sahaja Haikal tinggal di rumah arwah ayahnya. Dia membawa Haikal makan di restoran mamak di pekan

11. Golongan Muda Yang Meminati Sastera Tanah Air. 
- Swee Hwa dan Haikal meminati karya karyawan sastera negara seperti Abdullah Hussain, A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.

12.Masyarakat Veteran Yang Terlibat Dengan Kebudayaan 
- Pak Cik Bakar , Haji Salim dan Wak Arif ialah ahli kumpulan zapin kampung itu.

13.Masyarakat Yang Kaya Dengan Adat Susila 
- Anak-anak muda bersalaman dengan semua pelanggan yang ada di warung Wak Min sebelum duduk dan memesan makanan.

14. Masyarakat Remaja Yang Tidak Bijak Mengurus Masa  
- Mak Menah bimbang akan anak-anak muda yang tidak pandai mengurus masa dengan berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang-sembang hingga larut malam.

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL SILIR DAKSINA

Watak Utama

1. Haiqal Hakimi/Aiman
Ø Anak kepada Umi dan Abdullah bin Kayan
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang remaja yang berbakat dalam bidang seni sastera.
Haiqal sering memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis sajak serta puisi.
2.  Seorang anak yang penyayang.
Dia sayang umi,walid,ayah kandungnya dan adik tiri.
3.  Seorang yang baik hati
Haiqal telah memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang.
4.  Seorang yang bijak dalam pelajaran.
Dia berjaya melanjutkan pelajaran di university selepas tamat tingkatan 6.
5.  Seorang yang taat pada perintah agama.
Haiqal solat subuh apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum tiba di kampung ayahnya.

Watak sampingan

1. See Hwa/ Ai Ling
Ø Anak kepada Tauke Ling
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi.
Dia pernah memenangi pertandingan mendeklamasi sajak semasa di sekolah rendah.
2.  Seorang yang fasih Bahasa Melayu.
Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada pelat Bahasa Cina.
3.  Seorang yang suka membaca
Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di sekolah rendah.
4.  Seorang yang suka memasak
Dia suka memasak makanan yang pedas-pedas.
2. Abdullah bin Kayan/Amirulnizam
Ø Ayah kandung Haiqal
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang cintakan sastera.
Dia sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera.
2.  Seorang yang penyayang
Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.
3.  Seorang penari zapin.
Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri Purnama.

3. Tauke Ong/Tauke Lim
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang sangat rajin
Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan.
2.  Seorang yang murah hati.
Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.
3.  Seorang yang tahu membalas budi.
Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai membalas budi pertolongan datuk dan ayah Haiqal.
4.  Seorang yang jujur dan amanah.
Dia menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik.

4. Ratna
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang minat dalam bidang perniagaan.
Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.
2.  Seorang yang suka mengusik.
Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal sedang berkhayal.
3.  Seorang pendengar setia.
Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.
4.  Seorang yang baik hati.
Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

5. Umi
Ø Ibu kepada Haiqal
Ø Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan berkahwin dengan walid.
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang usahawan berjaya
Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.
2.  Seorang yang penyayang
Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga Haiqal.
3.  Seorang yang ego.
Dia tidak suka dan menghargai bakat seni bekas suaminya.
4.  Seorang pemarah.
Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.



Keterangan judul novel
Seperti dalam bahagian glosari, silir bermaksud angin sepoi-sepoi bahasa, manakala daksina bermaksud selatan. Jika dicantum menjadi angin sepoi-sepoi bahasa di daerah selatan. Sebahagian besar novel memperinci latar belakang sebuah kampung yang begitu tenang.