SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan
menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa
dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh ayat;
a.
Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek
: Petani itu
Predikat :
membajak sawahnya setiap hari
b.
Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek
: Samsul
Predikat :
menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
c.
Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah
Kebangsaan Langgar.
Subjek
: Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat
: menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
d.
Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek
: Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat
: terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok
Pembahagian atau pemenggalan
kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa
peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya
tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk
ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh
dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa
subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa
predikat.
(Sumber : Dewan Bahasa dan
Pustaka)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan