Bina satu
ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
i. air muka
ii. rambang mata
iii. bagai isi dengan kuku
iv. seperti cicak makan kapur
v. belakang parang diasah lagikan tajam
vi. kalah jadi abu, menang jadi arang [6 markah]
*Cadangan :
Gunakan kata hubung 'kerana' untuk membantu calon menunjukkan maksud peribahasa dalam ayat.
Contoh jawapan murid:
i. Ahmad telah menjatuhkan air muka saya kerana melakukan perbuatan yang memalukan saya dalam majlis yang diadakan di rumahnya itu.
ii. Puan Aminah rambang mata ketika membeli belah di pasar raya kerana pasar raya tersebut menawarkan potongan harga yang rendah.
iii. Hubungan Ali dengan Abu bagai isi dengan kuku kerana mereka berkawan rapat sejak kecil.
iv. Amira seperti cicak makan kapur kerana terjatuh apabila tersepak tunggul kayu di depan kawan-kawannya.
v. Walaupun kurang cerdik, tetapi jika rajin membuat latihan dan ulang kaji, kita pasti akan memperoleh kecemerlangan kerana belakang parang diasah lagikan tajam.
vi. Perbalahan antara Azmi dengan Hashim bagaikan kalah jadi abu, menang jadi arang kerana kedua-duanya mendapat kecederaan.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan
menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh
tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan
berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat
menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih
membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana.
Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang
lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
Baca
petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai
dengan setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia
memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual
buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk
keperluan harian masyarakat di tempatnya.
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan
pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi
di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Lengkapkan
peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
(ii) Banyak udang, banyak garam
(iii) Lain hulu lain parang
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain
(v) Tak tumbuh tak melata
(vi) Ada ubi ada batas

petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu
peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Kemukakan
satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Nyatakan
peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu
menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

i. Kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
(i) Bumi
mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

(i) Kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

(i) Duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

(i) Biar
lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(i)
-bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang
(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) -tak sungguh, orang tak kata
(v) -ada budi boleh dibalas

-belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

i.
Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut /
mulut tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

(i) Buah
mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

(i) Ukur
baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan