MODUL 10 : KATA PARTIKEL
Kata partikel
atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan kepada frasa predikat
atau bahagian-bahagiannya.
-lah, -tah,
dan –kah
Penggunaan kata penegas dalam ayat.
Dalam bahasa bertulis, unsur yang
ditegaskan atau difokuskan dalam sesuatu ayat harus dikedepankan.
SALAH
|
BETUL
|
Mereka datang bilakah?
|
Bilakah mereka datang?
|
Anaknya pintarkah?
|
Pintarkah anaknya?
|
Gerangan gadis itu
siapakah?
|
Siapakah gerangan gadis
itu?
|
Komputer baharuku itulah.
|
Itulah komputer baharuku.
|
Kunciku manatah?
|
Manatah kunciku?
|
Usaha kita sia-sialah.
|
Sia-sialah usaha kita.
|
Penulisan kata penegas pun
Penulisan kata penegas pun tidak
boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
SALAH
|
BETUL
|
Kakakpun hendak
pergi ke bandar.
|
Kakak pun hendak
pergi ke bandar.
|
Saya tidak akan mengaku
kalah biar pun keletihan.
|
Saya tidak akan mengaku
kalah biarpun keletihan.
|
Sudah ditetapkan bahawa tiga belas (13)
patah kata seperti yang berikut ini perlu ditulis serangkai (dicantumkan)
dengan kata partikel pun, iaitu:
adapun andaipun ataupun bagaimanapun
biarpun kalaupun kendatipun lagipun
mahupun meskipun sekalipun sungguhpun
walaupun
Kata penegas pun ditulis terpisah daripada
perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud:
- juga - Adik pun ingin pergi ke pasar.
- bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
- biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya.
- menguatkan pokok ayat - Tidak ada seorang pun calon yang gagal dalampeperiksaan itu.
- turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
- Penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk.Contoh kata penegas lain:jua, juga, sahaja, lagi, memang dan hanya.Selain itu, terdapat kata penegas yang bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.Contoh:Adik juga ingin pergi ke Sabah.Adik ingin juga pergi ke Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan