MODUL 2
– KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata
Ganti Diri Pertama
|
Penerangan
|
Ayat
Contoh
|
kau
|
Asal daripada kata ‘engkau’.
Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.
|
1. “Surat ini hendaklah kaubaca,”
pinta Encik Hazim.
2. Lukisan yang kaulukis
sangat cantik sekali.
|
ku
|
Asal daripada kata ‘aku’.
Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.
|
1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan
untuk Shida yang berada di Johor.”
2. “Aduh, sakitnya kakiku!”
kata Dol.
|
mu
|
Asal daripada kata ‘kamu’.
Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1. Hasratmu akan aku tunaikan.
2. “Adikmu pandai menyanyi,”
kata Zuraini kepada Syafiqah.
|
nya
|
Asal daripada kata ganti nama
diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1. Kakaknya menuntut di luar
negara.
2. Setiap kesalahan akan
menerima balasan daripada-Nya.
|
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak
ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
SALAH
|
BETUL
|
“Warna apa yang kau
minati?” tanya Azim kepada Syafiq.
|
“Warna apa yang kauminati?”
tanya Azim kepada Syafiq.
|
“Kawan ku ini berasal dari
Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
“Kawanku ini berasal dari
Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
b. Tidak boleh
menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH
|
BETUL
|
“Mu berdua tidak bekerja
hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kamu berdua tidak bekerja
hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kau belum mandi lagi,
Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
“Engkau belum mandi lagi,
Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
c. Tidak
menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan
Tuhan.
SALAH
|
BETUL
|
Ya Allah, aku memohon
keampunanmu.
|
Ya Allah, aku memohon
keampunan-Mu.
|
Tuhan akan sentiasa
mengampunkan dosa hambanya.
|
Tuhan akan sentiasa
mengampunkan dosa hamba-Nya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan