MODUL 3 : KATA BILANGAN
1. Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung
sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.
2. Contoh Kata bilangan
Jenis Kata Bilangan
|
Contohnya
|
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang
tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh
bilangan
|
Satu, dua, tiga, dan
seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.
|
Kata bilangan tak tentu.
(Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)
|
Beberapa, segala, seluruh,
sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat
akan dikumpulkan.
|
Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan
berbentuk pecahan)
|
Suku, setengah, separuh, tiga
suku, dan sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga
ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
|
Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang
berpisah)
|
Setiap, tiap-tiap.
Contoh ayat: Setiap orang
dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
|
Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan
secara himpunan)
|
Kedua-dua, ketiga-tiga,
berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu
menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
|
Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau
urutan dalam sesuatu jumlah)
|
Pertama, kedua, ketiga, dan
seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat
tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.
|
3. Kesilapan kata bilangan:
a. Tidak
meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan
kata bilangan tentu.
SALAH
|
BETUL
|
Tiga motosikal itu berjenama Honda.
|
Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.
|
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis
kenduri.
|
Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk
majlis kenduri.
|
Seratus calon telah menghadiri seminar
UPSR.
|
Seratus orang calon telah menghadiri seminar
UPSR.
|
b. Menggandakan kata
nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak
(banyak).
SALAH
|
BETUL
|
Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami
telah rosak.
|
Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami
telah rosak.
|
Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam
kemalangan jalan raya.
|
Empat pekerja kilang terbunuh dalam
kemalangan jalan raya.
|
Lapan ratus
pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
|
Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam
majlis yang gilang-gemilang.
|
c. Menggunakan
penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak
tentu
kecuali kata
bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH
|
BETUL
|
Amran membeli beberapa
buku cerita.
|
Amran membeli beberapa
buah buku cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)
|
Para orang peniaga di pasar malam diseru agar
mengutamakan kebersihan.
|
Para peniaga di pasar malam diseru agar
mengutamakan kebersihan.
|
Sesetengah buah bas
persiaran beroperasi secara haram.
|
Sesetengah bas persiaran
beroperasi secara haram.
|
d. Menggandakan kata
nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.
SALAH
|
BETUL
|
Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum
sekolah.
|
Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum
sekolah.
|
Semua surat-surat telah dihantar kepada para tetamu.
|
Semua surat telah dihantar kepada para tetamu.
|
Sebahagian daripada
pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke
negara ini secara haram.
|
e. Menggunakan kata
singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH
|
BETUL
|
Kedua buah pulau di negara ini mempunyai
batu karang yang paling cantik di dunia.
|
Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai
batu karang yang paling cantik di dunia.
|
Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?
|
Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?
|
Berbagai isu-isu dibincangkan dalam
mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
|
Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam
mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
|
f. Tidak meletakkan
penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan
himpunan.
SALAH
|
BETUL
|
Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar
negara.
|
Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar
negara.
|
Beratus-ratus sate dihidangkan untuk
pelancong dari Jepun.
|
Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk
pelancong dari Jepun.
|
Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam
operasi pihak berkuasa.
|
Beribu-ribu keping cakera
padat
tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
|
g. Penggunaan kata
bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH
|
BETUL
|
Para-para petugas di pameran buku sedia
memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
Para-para petugas di pameran buku sedia
memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
*Para tidak seharusnya
digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat,
pengganas, pengemis, penagih dan penipu.
h. Tidak menggunakan
kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH
|
BETUL
|
Berbagai acara diadakan
dalam karnival jualan murah.
|
Berbagai-bagai acara
diadakan dalam karnival jualan murah.
|
Tiap pelanggan yang
berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra
pekerjanya.
|
Tiap-tiap pelanggan yang
berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra
pekerjanya.
|
- Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.
SALAH
|
BETUL
|
Peserta pertandingan pidato
diberi masa lima buah minit sahaja.
|
Peserta pertandingan pidato
diberi masa lima minit sahaja.
|
Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah
retak.
|
Beberapa bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai
terdampar di pantai.
|
Tiga mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di
pantai.
|
j. Kata
bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.
SALAH
|
BETUL
|
Harga daging itu lapan
setengah ringgit sahaja.
|
Harga daging itu lapan
ringgit setengah sahaja.
|
Saya menunggu awak sudah dua
setengah jam.
|
Saya menunggu awak sudah dua jam setengah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan