Ahad, 2 November 2014


 

GAYA BAHASA

  1. Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa sebagai alat menyampaikan pemikiran atau pandangan  terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya mereka.
  2. Istilah-istilah yang merujuk kepada gaya bahasa yang perlu difahami oleh pelajar :

 

Gaya bahasa
Huraiannya
Diksi
- bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya.
- harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej.
Ayat
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya. Sebagai contoh, ayat pendek dan ayat panjang.
Personifikasi
-          dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan.
-          Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, tindak-tanduk kepada benda-benda mati, bintang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
-          Sebagai contoh, …matahari bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan.
Simile
- Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata-kata abstrak (tidak boleh dihitung).
- sebagai contoh, perahu duka, ladang kesabaran
Metafora
- merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti bak, umpama, ibarat
Hiperbola
-          merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.
-          Sebagai contoh, seribu lautan sanggup diharungi
Sinkof
-          bermaksud penyingkatan perkataan.
-          Sebagai contoh, ”Apa dah jadi ni?”
Rima
-          bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi.
-          terdiri daripada rima awal, rima dalam dan rima akhir.
Asonasi
-          merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris sajak.
-          Sebagai contoh, pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku  penyair kupenuhi hidupku.
Aliterasi
-          bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.
-          Sebagai contoh, pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
Pengulangan
-          berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang di ulang dalam sajak.
a.       Anafora – pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Sebagai contoh,
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
Tambah mengimbau ssorotan kitab ESA!
 
b.      Epifora – pengulangan kata pada akhir baris. Sebagai contoh,
       ...dipundakku
       ...hari sepiku
 
c.       Repitasi – pengulangan kata dalam baris yang sama. Sebagai contoh, orang berbunga dia berbunga
Perlambangan
-          merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peritiwa yang membawa maksud yang lain maknanya lebih mendalam.
-          Sebagai contoh, senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan