Ahad, 2 November 2014


SOALAN RAMALAN DAN ANALISIS
 
 
SOALAN RAMALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2014
Tiada karangan berformat kerana pada tahun 2013 telah keluar 2 karangan berformat, iaitu karangan rencana dan juga cerita/cerpen.
 
Karangan Bahagian B Dimensi diri (Soalan 1) lebih berfokus kepada diri pelajar itu sendiri sama ada usaha membentuk remaja berwawasan atau peranan remaja menepis penyalahgunaan teknologi maklumat.
 
Soalan 2 lebih berfokus kepada peranan ibu bapa dalam mengurangkan masa permainan anak-anak di dalam gadget-gadget sehingga tidak tahu bersosial.
 
Soalan 3 lebih berfokus kepada peranan masyarakat menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir.
 
Soalan 4 lebih berfokus kepada peranan MERCY Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menghulurkan misi bantuan di negara-negara bergolak.
 
Soalan 5 lebih berfokus kepada ulasan atau kritikan novel yang dibaca.
 
http://www.bmspm.net/analisiskrb2.JPG
 
 
 
 
ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN
KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV 2001- JUN 2014)
SPM
SKOP SOALAN
PERKATAAN YANG SESUAI DITUKAR UNTUK PENDAHULUAN
NOV 2001
Tanggungjawab penulis
peranan/ sumbangan/ tugas
JUN  2002
Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara
sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas
NOV 2002
Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/tindakan
JUN  2003
Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/  strategi/tindakan
NOV 2003
Kepentingan pelabelan makanan
faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN  2004
Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan  awam di Malaysia.
kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan
NOV 2004
Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kepentingan
JUN  2005
Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi 
NOV 2005
Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
manfaat/kepentingan/ kelebihan/kebaikan 
JUN  2006
Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.
faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan 
NOV 2006
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi 
JUN 2007
Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
faedah-faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2007
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/langkah-langkah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi
JUN 2008
Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
 
manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
NOV 2008
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas  dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas
  manfaat/ kepentingan/ kebaikan/  
  kelebihan
JUN 2009
 
Punca-punca  keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan..
  faktor-faktor /sebab-sebab
NOV 2009
 
Kepentingan  tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur
  faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
 
JUN 2010
 
Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini
 implikasi/impak/akibat/keburukan/natijah
 
NOV 2010
 
Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat
manfaat/ kepentingan/ faedah/ 
  kelebihan
JUN 2011
 
Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh.
 faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
 
NOV 2011
 
Kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan
 faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2012
 
Ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding.
 sifat-sifat
NOV 2012
 
Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.
 punca/sebab-sebab
JUN 2013
 
Khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan
faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2013
Kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar
faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
JUN 2014
Faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat badan
punca/sebab-sebab
 
 
 
 
 
ANALISIS SOALAN 4 BM SPM - NOVEL
Tahun
Soalan 4 Novel
Nov. 2005
(a) Memberikan pendapat tentang dua peristiwa paling menarik dalam sebuah novel.
(b) Membandingkan satu latar tempat dalam dua buah novel.
Nov.2006
(a) Menghuraikan pengajaran dalam sebuah novel.
(b) Menjelaskan satu persoalan berdasarkan dua buah novel.
Nov.2007
(a) Menjelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
(b) Menghuraikan cara watak utama dalam dua buah novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.
Nov.2008
(a) Menjelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda.
(b) Membandingkan persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat berdasarkan dua buah novel.
Nov.2009
(a) Menghuraikan dua bukti ketabahan watak utama.
(b) Menjelaskan satu contoh nilai kasih sayang dalam dua buah novel.
 
Nov.2010
(a) Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
(b) Menghuraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buah novel yang dipelajari.
 
Nov.2011
(a) Menghuraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang dipelajari.
(b) Menjelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.
 
Nov.2012
(a) Jelas dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
 
Jun. 2013
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.(7m) 
(b) Pertentangan pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk mengembangkan jalan cerita.
      Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam novel-novel tersebut.(8m)
 
Nov. 2013
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. (7m) 
(b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
      Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga perisitiwa yang dapat dijadikan teladan. (8m)
 
Jun. 2014
(a)   Sebuah novel - Watak sampingan - Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan yang telah ditentukan mengikut novel. (7m)
(b)      Sebuah novel - Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang.. (8m)
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan