NOVEL KABUS DI PERBUKITAN (MOHAMAD KHOLID HAMZAH) TINGKATAN 5
Sinopsis
Novel ini
memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan
Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila
Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia
telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase
Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah
bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu
tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.
Setelah
dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi
Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu
disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit
Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan
membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti.
Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal
pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam
gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah
dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun,
bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah
dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah
dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu
melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah.
Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat
menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh
Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.
Setelah
sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali.
Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia
kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia
akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community
Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia
berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat
sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
Melina
berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai ,Benny. Secara tidak
sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak.
Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka
berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ.
Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed
Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan
Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa
Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang
akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan
keluarganya.
Faridah dan
Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain.
Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain
ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan
mereka berlangsung dengan meriah.
Akhirnya,
Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh
untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain
pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk
Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Tema
Novel ini bertemakan jati diri orang
Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New
Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya
dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.
Persoalan
1. Persoalan ikatan kekeluargaan
yang erat.
- Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

2. Persoalan perpisahan ibu bapa
menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
- Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.

3. Persoalan kecintaan terhadap alam
sekitar.
- Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

4. Persoalan kasih sayang.
- Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

5. Persoalan sikap berdikari
golongan siswazah.
- Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

6. Persoalan
kahwin campur.
- Fenomena kahwin campur dalam
kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini
dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons
atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang
bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.
7. Persoalan peranan bomoh dalam
masyarakat Melayu.
- Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal.

8. Persoalan semangat kerjasama yang
masih utuh dalam masyarakat.
- Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

9. Persoalan pejuangan secara
kekerasan.
- Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.

10. Persoalan prejudis masyarakat
Barat terhadap Islam (Islamofobia).
- Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

11. Persoalan hubungan istimewa
antara saudara kembar
- faridah dan rahayu mempunyai hubungan yang
istimewa walaupun mereka terpisah akibat perpecahan keluarga. Selain itu,
mereka juga mempunyai hubungan bawah sedar iaitu apabila faridah hilang akibat
kemalangan dan Rahayu sedang sakit di hospital. Mereka boleh berkomunikasi
walaupun berada ditempat yang berbeza.
Plot
Plot ialah sesuatu yang
menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya
dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku
itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat.
Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot
yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu
akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan
Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya, Rahayu daripada
pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah,
dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan
unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri
peristiwa-peristiwa penting dalam novel.
Binaan Plot
Terdapat empat peringkat binaan
plot, iaitu:
(i) Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing. Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya. Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina. Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak. Melina berkahwin dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai ,Benny dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi.
Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.

(iii) Konflik
Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah. Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah putus tunang dengan Azman. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu. Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam. Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.

(iv) Klimaks
Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.

(v) Peleraian
Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands. Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

Watak dan Perwatakan
1. Watak Faridah
- Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.
- Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.
- Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.
- Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.
- Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.
- Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.
- Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.
- Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.
- Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

2. Watak Rahayu
- Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.
- Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap lembik.
- Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.
- Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh Azrul.
- Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.
- Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.

3. Watak Azrul
- Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.
-Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.
-Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.
-Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.
-Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.
-Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak.
-Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.
-Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.

4. Watak Kamarudin
-Bapa kepada Rahayu dan Faridah.
-Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak.Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.
-Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.
-Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.
-Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.
-Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.
-Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.
-Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.
-Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.
-Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

5. Watak Salmah
-Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
-Isteri pertama kepada Kamarudin.
-Usianya menjangkau 50 tahun.
-Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.
-Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.
-Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.
-Seorang ibu yang penyayang.Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

6. Watak Benny
-Berasal dari Dubai.
-Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.
-Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.
-Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.
-Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.
-Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.

Latar
Latar Masa
1. 6.00 pagi – Rahayu terjaga dari
tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang
perlu dihantar pagi itu.
2. 8.00 pagi – Rahayu tiba di
perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.
3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan
pengsan di perpustakaan. Faridah terlibat dalam kemalangan.
4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai
kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk
terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.
5. 1980 - Sepasang pelancong British
hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
6. 1989 - PKM meletakkan senjata di
Hatyai.
7. Semasa bersarapan – Kamarudin
menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah menemui
kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.
8. Waktu pagi - Satu jam selepas
Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan
yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM.
- Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru.

9. 3.30 petang- Pihak polis
menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui
kegagalan.
10. 25 tahun- Faridah telah
meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan menetap di New Zealand
selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
11. Dua minggu- Dalam masa dua
minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah melamar Melina.
12. Satu pagi - Benny dan Melina
tiba di rumah Soleh dan Faridah.
13. Waktu petang - Sebelum majlis
perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne.
14. Dua petang- Benny dan Melina
tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.
Latar Tempat
1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan
Azrul sedang bersarapan
2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan
Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan.
- Rahayu pengsan.
- Rahayu pengsan.
3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit
Fraser
- Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

4. Jalan ke Pekan Raub - Faridah
yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam
kemalangan.
5. Smoke House - Rumah Tuan Cecil
Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan
kemalangan jalan raya.
6. Bukit Kutu - Mejar (B) Kamarudin
dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.
7. Perkampungan orang Asli
- Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.

8. Parit Satu, Sungai Besar
- Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu.

9. Parit Dua, Sungai Besar
- Kampung Azrul – dia menjalankan projek penternakan kambing.

10. Rosewood, New Zealand
- Rumah Faridah di New Zealand.
- Rumah Faridah di New Zealand.
11. Cristchurch di New Zealand
- Sebuah bandar di New Zealand.
- Sebuah bandar di New Zealand.
12. Marang, Terengganu - Tempat
tinggal Benny dan Melina.
13. Cameron Highlands - Tempat
penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka pulang ke Malaysia untuk
melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat pelajar universiti.
Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia.
2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.
3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.
4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.
5. Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.
6. Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.
7. Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.
8. Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.
9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.
10. Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.
11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam. Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan Benny.
12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka.
13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus. Buyong menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.

Nilai
1. Nilai kasih sayang.
Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

2. Nilai ketabahan.
Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

3. Nilai kegigihan.
Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

4. Nilai bertanggungjawab
Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

5. Nilai cinta akan tanah air
Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

6. Nilai taat akan ajaran agama
Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

7. Nilai mengamalkan budaya bangsa
Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

8. Nilai berdikari
Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

9. Nilai cinta akan alam sekitar.
Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.

Pengajaran
1. Kita perlulah mempunyai jati diri
yang teguh.
Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.

2. Setiap orang perlu gigih berusaha
untuk mencapai kemajuan.
Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

3. Setiap ibu bapa perlu
bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

4. Sebagai penganut agama yang taat,
kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.
Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

5. Kita perlu mengamalkan budaya
bangsa kita.
Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

6. Sebagai seorang siswazah,
janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.
Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

7. kita perlulah berhati-hati dalam
memilih kawan agar tidak terjebak dalam situasi yang menyusahkan diri.
Contohnya, Benny yang berkahwin
dengan Mohamed Attar tidak menyangka bahawa sahabatnya itu ada kaitan dengan
aktiviti keganasan.
8. Kita hendaklah berpegang kuat
kepada agama dan budaya walaupun dimana kita berada.
Contohnya, faridah tetap berpegang
kepada agama dan budayanya walaupun sudah lama berada di New Zealand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan