Mari membiasakan yang betul
Ayat yang biasa ditulis atau didengar begini, tetapi ayat yang betul begitu. Kalau saya salah, tolong betulkan.
Bil.
|
Ayat yang biasa
didengar
|
Ayat yang betul
dan ulasannya
|
1
|
Sertaikan kami di Facebook
|
Sertai kami di Facebook (Tiada imbukan i-kan)
|
2
|
Mengenai
dengan masalah
remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama
lagi.
|
Mengenai masalah remaja, beliau memberi jaminan
bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi.
|
3
|
Di atas
Jambatan Pulau Pinang
keadaan masih lagi sesak.
|
Di
Jambatan Pulau Pinang
keadaan masih sesak lagi.
|
4
|
Untuk
meningkatkan lagi pendapatan para petani.
|
Untuk
meningkatkan pendapatan para petani lagi.
|
5
|
Di
lain-lain lokasi
keadaan jalan raya masih lagi sesak.
|
Di
lokasi-lokasi lain
keadaan jalan raya masih sesak lagi.
|
6
|
Saya belum lagi
makan.
|
Saya belum makan
lagi.
|
7
|
Selain
itu juga, Timbalan
Perdana Menteri turut melawat mangsa banjir di Labis.
|
Selain
itu, Timbalan
Perdana Menteri juga turut melawat mangsa banjir di Labis.
|
8
|
Selamat
Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga kepada anak
cucu
|
Selamat
Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke
anak cucu. (ke dalam ayat tersebut merujuk kepada masa)
|
9
|
Selain daripada
Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan.
|
Selain Ali dan
Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan.
|
10
|
Menternak baka
kambing boer
|
Menternak
kambing baka boer
|
11
|
Puan Penyelia
Petang, Puan Sailiza Samad.
|
Penyelia Petang,
Puan Sailiza Samad.
|
12
|
Encik Tuan Zaidee bin Raja Ismat.
|
Tuan Zaidee bin
Raja Ismat (Tuan sudah menunjukkan pangkat keturunan, jadi tidak perlu tambah
encik. Begitu juga dengan gelaran Nik, Engku, Wan, Ungku dan Tengku
kurang sesuai jika ditambah Encik sebelum nama mereka. Bagi Tengku
pangilannya ialah Yang Mulia Tengku).
|
13
|
Cik Che Siti
Nurzalina.
|
Che Siti
Nurzalina (Che sudah menunjukkan pangkat, mengapa perlu ditambah Cik. Tetapi
kalau dia sudah berkahwin panggil Che Puan Siti Nurzalina atau Puan Che Siti
Nurzalina?)
|
14
|
Daripada kiriman
Azman Mahbob
|
Kiriman daripada
Azman Mahbob
|
15
|
Dengarlah sebuah
lagu daripada persembahan Jay Jay.
|
Dengarlah sebuah
lagu persembahan daripada Jay Jay.
|
16
|
Sekarang saya
putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang daripada permintaan
Zainon.
|
Sekarang saya
putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang permintaan
daripada Zainon.
|
17
|
Tujuh orang
anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri
daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selelebihnya anggota
lain-lain pangkat.
|
Tujuh orang
anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri
daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selebihnya anggota pangkat
lain-lain.
|
18
|
Semua pelajar
Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala lain-lain
pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing.
|
Semua pelajar
Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala pelajar-pelajar
lain mesti berada di dalam kelas masing-masing.
|
19
|
Perbankan internet
adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang anda berurusan.
|
Perbankan
internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang berurusan dengan
anda.
|
20
|
PIDM melindungi
pelaburan anda. Anda tidak perlu memohon dan ianya automatik
|
PIDM melindungi
pelaburan. Anda tidak perlu memohon kerana perlindungan adalah automatik.
|
21
|
Penghawa dingin
|
Pendingin hawa
(Alat tersebut mendinginkan hawa, bukannya menghawakan dingin. Kalau hendak
lebih tepat lagi sebut penyaman udara. Kalau pendingin hawa betul pembeku
sejuk juga betul, tetapi mengapa kita sebut penyejuk beku?
|
22
|
Semoga kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis kami.
|
Semoga kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan majlis kami lagi.
|
23
|
para guru-guru
|
para guru/ guru-guru
(para sudah menunjukkan jamak)
|
24
|
antara
sebab-sebab
|
Antara sebab
|
25
|
satu setengah
jam
|
satu jam
setengan
|
26
|
tiap pelajar
|
setiap pelajar /
tiap-tiap pelajar
|
27
|
daripada sekolah
|
dari sekolah
|
28
|
sejak dari
semalam
|
sejak semalam /
dari semalam
|
29
|
demi untuk ibu
bapa
|
untuk ibu bapa /
demi ibu bapa
|
30
|
beberapa
penjahat
|
beberapa orang
penjahat
|
32
|
koleksi
lagu-lagu
|
koleksi lagu /
lagu-lagu
|
33
|
seorang mayat
|
Satu mayat /
beberapa mayat
|
34
|
sesetengah
daripada kek yang dipotong
|
setengah
daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong
|
35
|
video cakera
padat
|
cakera padat
video
|
35
|
kain batik
sutera
|
kain sutera
batik
|
36
|
ahli jawatan
kuasa
|
ahli
jawatankuasa
|
37
|
membuang
sampah-sarap
|
membuang sampah
sarap (sampah sarap adalah kata majmuk, bukannya kata ganda)
|
38
|
Bukit-bukau
|
Bukit bukau
(kata majmuk, bukau maksudnya lembah)
|
39
|
Pusat
membeli-belah
|
Pusat beli-belah
|
40
|
bergantung
kepada guru
|
bergantung pada
guru
|
41
|
beralaskan
dengan bantal
|
beralas dengan
bantal / beralaskan bantal
|
42
|
persahabatan di
antara Rushi dengan Rani
|
persahabatan
antara Rushi dengan Rani
|
43
|
semangat
berkerjasama
|
semangat
bekerjasama
|
44
|
rakyat yang
bersatu-padu
|
rakyat yang
bersatu padu
|
45
|
saling
hormat-menghormati
|
saling
menghormati / hormat-menghormati
|
46
|
deretan kedai-kedai
|
deretan kedai /
kedai-kedai
|
47
|
kawasan
pendalaman
|
kawasan
pedalaman
|
48
|
kawasan
pengairan di Selat Melaka
|
kawasan perairan
di Selat Melaka
|
48
|
melawat ke
negeri Sembilan
|
melawat ke
Negeri Sembilan
|
49
|
menghadiri ke
majlis
|
menghadiri
majlis / hadir ke majlis / menghadirkan diri ke majlis
|
50
|
bapa
menghadiahkan ibu sebentuk cincin
|
bapa menghadiahi
ibu sebentuk cincin / bapa menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu(selepas
menghadiahi mesti orang dan selepas menghadiahkan mesti
benda)
|
51
|
memasak nasi
|
menanak nasi
|
51
|
memasak air
|
menjerang air
|
52
|
memakan
|
makanmakan,
minum, mandi, mohon, minta tidak memerlukan imbuhan meN.
|
53
|
meminum, memakan
|
Minum (kata
kerja makan dan minum, mandi serta mohon tidak perlu imbuhan –meN
). Namun begitu imbuhan meN boleh digunakan jika
menunjukkan keadaan makan dengan lebih aktif. Ayat contoh: Mereka pun
duduk memakansarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan
waktu, belanja, dan seumpamanya: Contohnya, mengambil: Projek ini tentulah
memakan belanja lebih daripada satu ribu ringgit; pelayaran itu memakan masa
selama lapan minggu;
Imbuhan
meN- patut digunakan dalam keadaan memohon meminta (lebih halus): kami
memohon maaf atas kesilapan ini.
|
53
|
mengunakan ilmu
pengetahuan
|
menggunakan ilmu
dan pengetahuan (tidak ada kata majmuk ilmu pengetahuan, yang ada ialah ilmu
alam, ilmu hitam dan ilmu falak)
|
54
|
kebanyakkan
|
kebanyakan
|
55
|
pertunjukkan
|
pertunjukan
|
56
|
negara yang
aman-damai
|
negara yang aman
damai
|
57
|
gugusan
pulau-pulau
|
pulau-pulau /
gugusan pulau (gugusan pulau-pulau salah sebab gugusan sudah menunjukkan
jamak)
|
58
|
pemainan
|
permainan
|
59
|
cendikiawan
|
cendekiawan
|
60
|
memberi banyak
faedah
|
memberikan
faedah yang banyak / banyak memberikan faedah
|
61
|
mendatangkan
banyak masalah
|
mendatangkan
masalah yang banyak / banyak mendatangkan masalah
|
62
|
Membazir banyak
masa
|
Membazir masa
yang banyak / banyak membazir masa
|
63
|
golongan
pelajar-pelajar
|
golongan pelajar
/ pelajar-pelajar
|
64
|
wajar dilakukan
oleh kita
|
wajar kita
lakukan
|
65
|
akan ditulis
oleh saya
|
akan saya tulis
|
66
|
mesti dibuat
oleh kalian
|
mesti kalian
buat
|
67
|
Azwan akan
dianugerahi oleh beta….
|
Azwan akan beta
anugerahi… (untuk kesalahan nombor 64, 65, 66 dan 67 kata; bantu oleh
hanya boleh digunakan bagi kata ganti nama diri ketiga: mereka, dia, baginda
dan Azman. Contohnya; wajar dilakukan oleh dia/mereka/baginda/Azman)
|
68
|
penyalah gunaan
|
penyalahgunaan
|
69
|
menjadi orang
yang baik / menjadi orang yang berguna)
|
menjadi insan
yang baik / menjadi manusia yang baik (orang ialah penjodoh bilangan bagi
insan/manusia. Tetapi mengapa tidak disebut insan asli / manusia
asli. Kalau dalam bahasa Inggeris disebut good person bukan good
human being- kesalahan memerlukan pandangan semua)
|
70
|
jangan sesekali
kita membuat jahat
|
jangan
sekali-kali kita berbuat jahat / jangan sekali-kali kita membuat kejahatan
|
71
|
menyanyi
|
bernyanyi
|
72
|
majlis
menandatangani
|
majlis
penandatanganan (menandatangani adalah kata kerja, penandatanganan adalah
kata nama)
|
73
|
kadang kala
|
kadangkala
|
74
|
barang kali
|
barangkali
|
75
|
walaubagaimanapun
|
walau
bagaimanapun
|
76
|
sejak
kebelakangan / sejak belakangan
|
Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga kedua dua ini adalah sama betul belakangan
1. = kebelakangan = ~ ini sejak
masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini
berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya;
|
77
|
sejak akhir ini
|
sejak
akhir-akhir ini
|
78
|
Justeru itu,
masalah ini mestilah diselesaikan.
|
Oleh itu,
masalah ini mestilah diselesaikanjusteru bermaksud bahkan, malahan, kebetula,
sebaliknya
|
79
|
Saya tidak
mengejinya, justeru itu, saya memujinya.
|
Saya tidak
mengejinya, justeru memujinya.Justeru bermaksud: sebaliknya, malahan, bahkan
dan kebetulan (Kamus Dewan Edisi ke-3)
|
80
|
barisan panel
hakim-hakim
|
panel hakim /
barisan hakim / hakim-hakim
|
81
|
telah mereka
sediakan
|
telah disediakan
oleh mereka
|
82
|
jalur lebar
berkualiti tinggi
|
jalur lebar
berkelajuan tinggi / jalur lebar yang tinggi kelajuannya.
|
83
|
Empangan kuasa
hidroelektrik Bakun
|
Empangan kuasa
elektrikhidro Bakun
|
84
|
mini kalkulator
|
kalkulator mini
|
85
|
Persatuan Ibu
Bapa dan guru
|
Persatuan Ibu
Bapa dan guru-guru / Persatuan Ibu Bapa dan para guru
|
86
|
pasaraya
|
pasar raya
|
87
|
bandaraya
|
bandar raya
|
88
|
kesimpulanya
|
kesimpulannya
|
89
|
oleh yang
demikian
|
oleh hal yang
demikian
|
90
|
kerinting
|
keriting
|
91
|
kontijen
|
kontinjen
|
92
|
Pasukan
peninju negara telah memenangi dua pinggat emas.
|
pasukan petinju
negara telah memenangi dua pinggat emas.
|
93
|
Karangan contoh
|
Contoh karangan
|
94
|
sekawan
gajah-gajah
|
sekawan gajah /
gajah-gajah
|
95
|
adik beradik
|
adik-beradik
|
96
|
ilmu mempertahankan
diri
|
ilmu pertahanan
diri / ilmu untuk mempertahankan diri
|
96
|
tujuh setengah
tahun
|
tujuh tahun
setengah
|
97
|
tiga suku
tahun
|
tiga tahun suku
|
98
|
Sekumpulan
perompak-perompak
|
Sekumpulan
perompak / perompak-perompak
|
99
|
Jatidiri
|
Jati diri
|
100
|
Terngadah
|
Tengadah
|
101
|
sesetengah
remaja-remaja
|
sesetengah
remaja / setengah-setengah remaja
|
102
|
Sebuah
sungai
|
Sebatang
sungai
|
103
|
Di dalam
mesyuarat
|
Dalam
mesyuarat
|
104
|
Pada masa
kini
|
Kini / pada masa
ini
|
105
|
baju baru
|
baju baharu
|
106
|
alatulis
|
alat tulis
|
109
|
gambarajah
|
gambar rajah
|
110
|
telah dihantar
oleh kita
|
telah kita
hantar
|
111
|
telah adik
lakukan
|
telah dilakukan
oleh adik
|
112
|
sekaligus
|
sekali gus
|
113
|
baju kemeja
panjang lengan
|
baju kemeja
berlengan panjang
|
114
|
anti penjajah
|
antipenjajah
|
115
|
cintakan
tanahair
|
cinta akan tanah
air
|
116
|
urusniaga
|
urus niaga
|
117
|
pilihanraya
|
pilihan raya
|
118
|
senarai
nama-nama
|
senarai nama
|
119
|
setia-setiausaha
|
setiausaha-setiausaha
|
120
|
urusetia
|
urus setia
|
121
|
keretapi
|
kereta api
|
122
|
ahli jawatan
kuasa
|
ahli
jawatankuasa
|
123
|
media masa
|
media massa
|
124
|
kata hubung pada
awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala, Justeru
|
Sepatutnya Akan
tetapi, Namun begitu, Justeru itu (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah….
(ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
|
125
|
Bak kata
pepatah…..) ditulis pada awal ayat.
|
Sepatutnya
…..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat: Kita adalah saling memerlukan,
bak kata pepatah bagai aur dengan tebing)
|
126
|
memberi kasih
sayang
|
memberikan kasih
sayang
|
127
|
Ini menunjukkan…..
|
Hal/ Perkara ini
menunjukkan
|
128
|
Ini kerana
|
Hal ini demikian
kerana
|
129
|
mempunyai banyak
pilihan
|
mempunyai
pilihan yang banyak
|
130
|
ialah di Sarawak
|
adalah di
Sarawak
|
131
|
ialah untuk Ali
|
adalah untuk Ali
|
132
|
Tun Abdul Razak
adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua,
|
Tun Abdul Razak
ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
|
134
|
memperbaiki
|
membaiki /
memperbaik.
|
135
|
Kempen
membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Ia
penting untuk mengawal demam denggi.
|
Kempen
membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Kempen
tersebut penting untuk mengawal demam denggi./ Kempen membanteras nyamuk
aedes patut dijalankan secara berterusan kerana kempen tersebut dapat
mengawal demam denggi.
|
136
|
Oleh kerana
hujan
|
Oleh sebab hujan
|
137
|
di kalangan
|
dalam kalangan
|
138
|
Sehubungan itu,…
|
Sehubungan
dengan itu,…
|
139
|
Dalam majlis
itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa
banjir. Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut mengingatkan ibu bapa
supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini.
|
Dalam majlis
itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa
banjir. Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran juga turut mengingatkan
ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini.
|
140
|
Tambahan pula,
faktor hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat berlaku di
bandar.
|
Selain itu,
faktor hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat berlaku di
bandar, tambahan pula jika sistem perparitan di bandar itu tersumbat banyak.
(tambahan pula tidak sama dengan selain itu dan di samping itu. Oleh
sebab itu, tambahan pula tidak boleh digunakan untuk isi baharu atau di
pangkal perenggan)
|
141
|
|
|
142
|
|
|
143
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan