NOVEL
ISTANA MENANTI KARYA Abd. Latip Talip
SINOPSIS
Novel Istana Menanti menceritakan tiga orang
sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah. Mereka bersepakat untuk
menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah Seng dan
Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah
tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah kerajaan Melayu Melaka dan juga
sejarah pejuang tanah air menentang penjajah..............
Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut...........
Pada hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di Jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama..............
Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan beradu kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama dengan remaja-remaja tersebut ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana............
Mereka bertiga masuk dan melihat sendiri keunikan seni bina istana lama tersebut. Ketika memasuki sebuah bilik yang dipercayai bilik tidur diraja, tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak. Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka juga khuatir kerana terdapat terlalu banyak kelawar dan tikusdi dalam terowong tersebut............
Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda bernama Khairil, seorang penuntut dari Universiti Putra yang keletihan turut terperangkap dalam terowong tersebut. Ketika mereka melelapkan mata kerana keletihan. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Khairil juga berjaya ditawan ketika mereka mencari Ah Seng di dalam terowong tersebut. Mereka juga dipaksa menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar dari terowong tersebut meninggalkan remaja-remaja itu...........
Pada masa yang sama, ibu bapa remaja terbabit berasa bimbang apabila anak-¬anak mereka tidak pulang sehingga malam. Hasil perbincangan dengan ketua kampung, mereka telah berpakat membuat laporan kepada pihak polis. Pihak polis telah melancarkan gerakan mencari. Mereka beramai-ramai mendak Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja-remaja tersebut.......
Tuk Ngah yang berjaya bersembunyi dari penglihatan kumpulan penjenayah itu muncul lalu menceritakan perkara sebenar. Hasil perancangan akhirnya pihak polis berjaya memerangkap penjenayah-penjenayah yank sangat dikehendaki tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dan diraikan dalam suatu majlis kerana keberanian serta kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut..........

TEMA
Semangat patriotik/cinta akan
tanah air sekumpulan remaja yang sangat peka dan ingin mengetauhi
sejarah tanah air.
Contoh:
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan
remaja yang memiliki semangat patriotik kerana sangat berminat akan
subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah
Istana Menanti. Dengan bantuan Tuk Ngah mereka bertiga juga sanggup meredah
hutan berlukar dan mendaki ke puncak Gunung Datuk untuk melihat sendiri
kewujudan dan keunikan Istana Menanti yang dikatakan penuh misteri itu.
PERISTIWA
HURAIAN/CONTOH
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
PERWATAKAN
|
Fadhil, Ramasamy
dan Ah Seng mempunyai semangat setia kawan dan bersahabat baik walaupun
berbeza agama dan bangsa.
|
Semangat setia
kawan.
|
Setia kawan
|
Kita hendaklah
mempunyai semangat setia kawan.
|
Watak:
Fadhil /
Ah Seng /Ramasamy
- Seorang
yang setia kawan
|
Fadhil, Ah Seng
dan Ramasamy berani meredah hutan belukar dan mendaki Gunung
Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang
telah lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu.
|
Keberanian
menghadapi cabaran.
|
Berani
|
Kita mestilah
berani menempuh cabaran dalam kehidupan.
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng
/Ramasamy.
- Seorang
yang berani
|
Encik Karim, Encik
Leong dan Encik Shanti bapa kepada Fadhil , Ah Seng dan Ramasamy amat
meyayangi anak mereka dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya
belum pulang dari Gunung Datuk.
|
Sikap kasih sayang
antara ahli keluarga.
|
Kasih sayang
|
Kita hendaklah
sentiasa berkasih sayang antara ahli keluarga
|
Watak:
En Karim/En
Leong/Encik
Shanti
-
seorang yang penyayang
|
Fadhil, Ah Seng
dan Ramasamy mempunyai semangat cinta akan tanah air kerana berusaha untuk
mengetahui dan mengkaji sejarah tempatan tanah air iaitu tentang sejarah
Istana Menanti di negeri Sembilan daripada Tuk Ngah .
|
Semangat cinta
akan tanah air/semangat patriotik
|
Cinta akan tanah
air
|
Kita mestilah
mempunyai semangat cinta akan tanah air kita
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng
/Ramasamy.
-
Seorang yang cintakan tanah air/patriotik
|
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan daripada ibu bapa
masing-masing terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari
Istana Menanti.
|
Ketaatan
kepada ibu bapa
|
Ketaatan
|
Kita mestilah taat
dan menghormati ibu bapa
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng
/Ramasamy.
- Seorang
yang taat kepada ibu bapa
|
Fadhil, Ramasamy,
Ah Seng tabah menempuh hutan dan mendaki Gunung Datuk untuk
mencari Istana Menanti. Mereka juga tabah menghadapi penjenayah yang mengerah
tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka
diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.
|
Ketabahan
menempuh cabaran dan kesusahan hidup
|
Ketabahan
|
Kita mestilah
tabah menempuh cabaran dalam kehidupan
|
Watak:
Fadhil,/Ah Seng
/Ramasamy.
-
Seorang yang tabah
|
Menteri
Besar dan Ketua Polis Daerah memberi penghargaan kepada Tuk Ngah, Fadhil,
Ramasamy Ah Seng dan Khairil Anuar kerana berjaya membantu pihak polis untuk
menangkap penjahat yang mahu menggugat keamanan negara dan mencuri harta
karun di Istana Menanti.
|
Menghargai jasa
yang diberi.
|
Mengenang jasa
|
Kita mestilah
menghargai orang yang telah berjasa kepada negara
|
|
Penduduk kampung
bekerjasama dengan polis mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di
Gunung Datuk.
|
Sikap Bekerjasama
untuk mengatasi masalah
|
Kerjasama
|
Kita mestilah
bekerjasama antara satu sama lain untuk mengatasi masalah
|
Ulasan
dan panduan.
Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera.
Para
pelajar yang cikgu sayangi,
Panduan
menjawab soalan novel Istana Menanti Tingkatan 1
Apa yang
perlu pelajar lakukan ialah:
a) Pastikan memahami dan menghafal peristiwa penting
yang akan digunakan untuk menghurai isi.
b) Satu peristiwa penting dapat digunakan sebagai
contoh untuk tiga aspek komsas yang disoal dalam peperiksaan atau PBS iaitu
aspek persoalan, nilai, dan pegajaran.
c) Pastikan pelajar menggunakan frasa yang betul
semasa mengemukakan isi dalam jawapan novel
Contohnya:
Frasa
Nilai murni……..- Nilai keberanian. Contohnya………..
Frasa
Persoalan ………- Persoalan Semangat Setia kawan dalam
persahabatan. Contohnya,………….
Frasa
Pengajaran ……. – Kita mestilah tabah menempuh cabaran dalam
Kehidupan
d) Pastikan anda mengemukakan dengan jelas antara isi
dan huraian/contoh.
e) Isi tidak boleh mengemukakan nama watak, nama
tempat .
Contoh
isi persoalan:
Persoalan
semangat setia kawan antara Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
(salah)
Persoalan
semangat setia kawan antara tiga orang sahabat (betul)
Persoalan
semangat setia kawa dalam persahabatan (betul)
f) Lebih baik isi diasingkan daripada contohnya.
g) Panduan memberi huraian atau contoh:
Nama
Watak + Peristiwa yang dilakukan oleh watak itu yang menjelaskan isi.
Masukkan
kata kunci dalam isi semasa menghurai atau memberi contoh,
Contoh
1:
Persoalan
semangat setia kawan dalam persahabatan.(Isi) –
semangat
setia
kawan(kata kunci)
Contohnya,
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy(watak) mempunyai semangat setia kawan yang tinggi (kata kunci)
dan bersahabat baik walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. (peristiwa yang
dilakukan oleh watak)
Contoh
jawapan lengkap:
Antara
persoalan novel Istana Menanti ialah persoalan semangat setia kawan dalam
persahabatan. Contohnya Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mempunyai semangat setia
kawan yang tinggi dan bersahabat baik walaupun mereka berlainan bangsa
dan agama.
Contoh
2:
Nilai
keberanian. (Isi) keberanian (kata kunci)
Contohnya,
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani(kata kunci) meredah hutan belukar dan
mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah Istana Menanti
.
Contoh
jawapan lengkap:
Antara nilai yang terdapat dalam novel
Istana Menanti ialah nilai
keberanian.
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan
belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
tinggalan sejarah Istana Menanti .
keberanian.
Contohnya, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan
belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
tinggalan sejarah Istana Menanti .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan