Di
Sebalik Wajah
(Abang
Saifuddin Abang Bohari)
Sumber:
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM)
Sinopsis
Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan
seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu
balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang
doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu
melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor
Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah
menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu
kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan
Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka
berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu
Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.
Satu laporan salah laku mereka
telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan
mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan
kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam
beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan
mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal
siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut,
kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan
perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Semasa sukan tahunan sekolah,
Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan. Dia
juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya
sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu
Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor
Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan
rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka
ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga
masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya
miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula
basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius
sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri
meminta ayahnya menjamin Narius.
Semenjak hari itu, Narius, Jais
dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada
murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa
yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di
sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di
Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh
rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan
bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh
Doktor Fikri.
Tema
Ketabahan seorang remaja
menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang
cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan
daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
Persoalan
1. Persoalan rajin membaca
Contoh: Doktor Fikri sentiasa
mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk
meminjam buku.
2. Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan
dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan
kepadanya.
3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan
Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua
kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
4. Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi
berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid,
lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai
polis.
5. Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi
pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu
daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu
elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang
dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
7. Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha
sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan
awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur
dan membela ayam.
8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan
Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu
balar kulitnya.
9. Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan
keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.
Binaan Plot
Secara kronologi – peristiwa
disusun mengikut urutan masa
Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri
iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu
balar kulitnya.
Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.
Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh
pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.
Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku
kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.
Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang
bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka
sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.
Teknik Plot
1. Dialog
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor
Fikri berdiri dan duduk semula.
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.
2. Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan
bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor
Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”
3. Monolog dalaman
“Comelkah anakku? Adakah
menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih,
tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul
dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.
4. Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali
perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi
pemeriksaan ibu mengandung.
5. Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang
oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
6. Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan
penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.
7. Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar
cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.
8. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan
peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di
sana.
9. Suspen
Pembaca tertanya-tanya
mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.
Watak
dan Perwatakan
Watak Utama
Doktor Fikri
Ø Pelajar
tingkatan dua – berumur 14 tahun
Ø Cacat
kulit - balar
Ø Tabah –
menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Ø Rajin
membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
Ø Penyayang
– menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Ø Berdikari
– berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan
ayam ternakannya
Watak Sampingan
Cikgu Saiful
Ø Bapa Doktor Fikri
Ø Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri
Ø Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab
terhadap keluarga
Ø Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah
bersama-sama keluarga
Puan Halipah
Ø Ibu Doktor Fikri
Ø Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk
Doktor Fikri ke sekolah
Ø Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor
Fikri apabila Doktor Fikri pulang
dari
sekolah
Ø Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor
Fikri mengambil bahagian
dalam
acara sukan
Josy
Ø Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal
Ø Prihatin
– sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat
kepadanya
Ø Teguh
pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan
rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri
Narius
Ø Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan
Menggatal
Ø Berbadan besar
Ø Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/
cuba memeras ugut Doktor Fikri/
mencuri
basikal Doktor Fikri
Ø Insaf
akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu
Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba
mengopak cermin kereta.
Cikgu Wahab
Ø Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Ø Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin
di luar waktu rehat setelah
Sanin
memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar
Dayang Mahani
Ø Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal
Ø Kawan Doktor Fikri
Ø Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri
seorang pencuri setelah Cikgu
Wahab
menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya
Latar
Latar Masa
Ø Pagi –
peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab,
guru disiplin sekolah.
Ø Petang –
Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah
sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
Ø Malam –
Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan
perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.
Latar Tempat
Ø Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan
rakan-rakannya bersekolah.
Ø Rumah
Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang
membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di
jual di Tamu.
Ø Pasar
Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya
menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan
lebatnya.
Ø Gunung
Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya
dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung
Kinabalu.
Ø Balai
polis
Doktor Fikri dan ayahnya
mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi. Cikgu Saiful
juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas
permintaan
Doktor Fikri.
Ø Hospital
Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya
Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.
Latar Masyarakat
Ø Masyarakat
pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang
Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Menggatal.
Ø Masyarakat
guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan
Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Masyarakat
yang prihatin
Josi amat prihatin kepada
Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
Ø Masyarakat
yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah
merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
Ø Masyarakat
yang taat kepada perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya
sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara
ahli keluarga.
Ø Masyarakat penyayang
Cikgu
Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak
mereka
cacat.
Ø Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
Cikgu
Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.
Gaya Bahasa
Ø Kata Ganda
Contoh: kelima-lima,
sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
Ø Peribahasa
Contoh: buku
lima, keras hati
Ø Pengaruh
bahasa asing
Contoh: bahasa
Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
Ø Hiperbola
Contoh: Apabila
cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya
hampir tertutup.
Ø Simile
Contoh: Ada
yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.
Ø Pengulangan
kata atau repitisi
Contoh: Sap!
Sap! Sap!
Ø Sinkope
Contoh: Ampun
cikgu, saya tak buat lagi!
Ø Personifikasi
Contoh: Hanya
daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang
berada di dalam pagar itu.
Nilai
Ø Nilai
kasih sayang
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara
satu sama lain.
Ø Nilai
keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf
akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø Nilai
keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani
melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai
keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Nilai
ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah
menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø Nilai
kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin
membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
Ø Nilai menghormati orang tua
Contoh: Josy, Dayang Mahani,
Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung
ke rumah Doktor Fikri.
Pengajaran
Ø Kita
hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Contoh: Cikgu Saiful, Puan
Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø Kita
hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Narius akhirnya insaf
akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø Kita
haruslah berani memperrtahankan hak kita.
Contoh: Doktor Fikri berani
melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai
keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Kita
perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.
Contoh: Doktor Fikri tabah
menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø Kita
haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin
membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.
Ø Kita
haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan
Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor
Fikri.
JUDUL BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1
TAHUN 2010.
BIL
|
NOVEL
|
ZON
|
1
|
Hikmah
( Mohd Faris Ikmal )
|
Zon 1
Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak.
|
2
|
Sukar
Membawa Tuah ( M.Z. Erlysha )
|
Zon 2
Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri
Sembilan.
|
3
|
Bukan
Duniaku (Aida Shahira )
|
Zon 3
Melaka,
Pahang, Terengganu, Kelantan
|
4
|
Istana
Menanti (Abd. Latip Talip )
|
Zon 4
Johor,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
|
JUDUL KOMSAS TINGKATAN SATU TAHUN 2010
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan